PENGENALAN
Amalan Profesional (atau dikenali sebagai Praktikum) adalah komponen penting dalam kokurikulum latihan perguruan praperkhidmatan yang berlandaskan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Visi dan Misi Institut Pendidikan Guru serta Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Program ini sebagai landasan untuk pelajar mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diterima di dalam bilik kuliah ke situasi pengajaran dan pembelajaran sebenar di dilik darjah.
Unit Praktikum IPG Kampus Dato' Razali Ismail
Unit Praktikum adalah satu unit yang dipertangungjawabkan untuk merancang dan melaksanakan Program Amalan Profesional dan Praktikm di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail Kuala Terengganu. Semenjak dahulu lagi, unit ini merupakan satu unit dalam Jabatan Ilmu Pendidikan. Berikutan perkembangan semasa yang dinamik, program praktikum dan sudah menjadi begitu rencam dan pertambahan kerja tidak dapat dielakkan, unit telah dipisahkan daripada Jabatan Ilmu Pendidikan mulai 11 mei 2004. Mulai awal 2007, Unit Praktikum dikendalikan oleh seorang Ketua Unit, Seorang Pegawai dan Penolong Pegawai bersama Jawatankuasa Pengurusan Praktikum yang bertanggungjawab terus kepada Pengarah dan Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu.
Visi
Sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia dari segi kualiti yang dapat memenuhi aspirasi negara.
Misi
Melaksanakan sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia untuk memastikan guru-guru sentiasa berketrampilan bagi memenuhi aspirasi
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Konsep
Amalan Profesioanl merupakan suatau program yang mendedahkan pelajar kepada kerja lapangan yang juga satu kontinum dalam program latihan perguruan praperkhidmatan di IPGM. Program ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
1) Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).
2) Praktikum.
3) Internship.
Objektif
Melalui Malan Profesional, didarapkan pelajar akan dapat:
1) Memupuk sikap positif, meningkatkan daya ketahanan diri dan mengamal nilai profesional perguruan.
2) Membina daya suai, daya tahan, daya saing, daya cipta dan kreativiti.
3) Meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid.
4) Menyesuaikan diri dengan budaya sekolah.
5) Menyepadukan teori dengan amali dalam pengajaran pembelajaran.
6) Menguasai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran.
7) Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran, seterusnya memperkembangkan potensi mereka sebagai guru.
8) Membuat refleksi, penilaian kendiri dan penambahbaikan dalam semua aspek tugas guru.
9) Membina teori tersendiri (peribadi), ilmu binaan dan seterusnya ilmu profesional perguruan.
Melalui Amalan Profesional ini juga, pihak IPGM dan sekolah dapat:
1) Memberi bimbingan secara menyeluruh yang merangkumi semua aspek pengajaran pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah.
2) Mengeratkan hubungan profesional antara IPGM dengan sekolah melalui perbincangan dan perkongsian maklumat serta kepakaran dalam konteks pengajaran
pembelajaran.
3) Menilai prestasi pelajar semasa Amalan Profesional (praktikum).
Pelaksanaan Pengurusan Unit Praktikum IPG Kampus Dato' Razali Ismail
1) Memastikan perancangan aktiviti yang teratur bagi PBS, Praktikum PISMP, PDPLI dan PDPM, dan Internship PISMP.
2) Memastikan penempatan pelajar PBS, Praktikum dan Internship pelajar dilaksanakan ke institusi berkenaan.
3) Memastikan pelantikan guru pembimbing dan mentor yang sesuai bagi membimbing pelajar.
4) Memastikan pensyarah penyelia yang dilantik seboleh-bolehnya mengikut opsyen
5) Memastikan rentasan dibuat terhadap pelajar yang cemerlang dalam praktikum bagi pelajar PISMP, PDPLI dan PDPM.
6) Membuat penganalisisan data maklumbalas praktikum untuk mengenalpasti tindakan pembetulan, pencegahan dan penambahbaikan yang perlu dirancang dan
dilaksanakan.
7) Merancang dan menyelaras/pengurusan pembayaran elaun guru pembimbing dan pelajar.
8) Memastikan program mentoring dirancang dan dijalankan untuk pensyarah dan guru pembimbing.
9) Menyediakan laporan pelaksanaan bagi semua program praktikum untuk dihantar ke Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.